Kontraktor terlibat ialah Carimin Engineering Services Sdn. Bhd., Dayang Enterprise Sdn. Bhd., Deleum Primera Sdn. Bhd., Petra Resources Sdn. Bhd., Sapura Fabrication Sdn. Bhd. dan rakan kongsinya, Borneo Seaoffshore Engineering Sdn. Bhd.

Naib Presiden Aset dan Ke­tua Pegawai Eksekutif Petronas Carigali, Mohd. Jukris Abdul Wahab berkata, kelima-lima syarikat tersebut menerima kontrak selama lima tahun de­ngan pilihan lanjutan setahun, berkuat kuasa September 2017.

“Di bawah terma kontrak berkenaan, ia akan melibatkan perkhidmatan kejuruteraan dan penyelenggaraan akan melibatkan Penyelenggaraan Utama dan Projek Penambahbaikan Kemudahan.

“Keperluan baharu telah diperkenalkan untuk mengga­lakkan kerjasama antara rangkaian bekalan industri,” kata­nya menerusi satu kenyataan di sini semalam.

Mohd. Jukis menambah, kontrak berkenaan merangkumi penggunaan kapal daripada syarikat milik Malaysia dan penyertaan mandatori sebanyak 20 peratus oleh penyedia perkhidmatan tempatan untuk memacu perkhidmatan nilai tambah.

“Usaha itu akan memastikan pertumbuhan dalam industri perkhidmatan huluan minyak dan gas di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, dengan 200 platform luar pesisir yang beroperasi di bawah Petronas Carigali, Petronas terus menggalakkan penyertaan berasaskan merit daripada kontraktor tempatan.