Pengerusinya, Datuk Radzali Hassan berkata, pihaknya optimis untuk mencapai sasaran tersebut ekoran pertumbuhan mapan yang dipacu oleh pengembangan rangkaian perniagaan lebih baik pada masa akan datang.

Beliau berkata, perkemba­ngan itu juga dipengaruhi oleh pengembangan cawangan ke luar negara dari jenama produk tempatan yang kukuh terutamanya dari sektor makanan dan minuman (F&B).

“Walaupun pertumbuhan domestik yang agak perlahan, masih terdapat banyak permintaan dari luar negara terhadap produk jenama francais di negara ini

“Sehingga kini, kami mempunyai kira-kira 300 anggota persatuan dari pelbagai sektor yang mempunyai francaisor yang ramai dan jumlah ini kian bertambah setiap tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sidang akhbar sempena Anugerah Francais Malaysia (AFM) ke-21 di sini semalam.

Radzali menjelaskan, seba­nyak 18 kategori dipertandingkan pada AFM yang bakal berlangsung pada 18 September ini, antaranya ialah kategori utama-Francais Terbaik, kategori Sistem Francais, kategori Francaisor Antarabangsa, kategori Francaisi dan Kategori Terbuka.

MFA yang menjangkakan penyertaan 52 pencalonan daripada 30 syarikat juga akan memperkenalkan kategori media pada tahun ini,

“Ia terbahagi kepada dua anugerah iaitu Wartawan Terbaik dan Artikel Pencetus Industri Francais Terbaik pada pe­nganjuran kali ini.”

“Bagi mengekalkan prestijnya, pemenang anugerah dipilih oleh panel penilai berkecuali yang terdiri daripada profesional dan akademik yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan industri francais,” katanya. – Bernama