Pengurus Besarnya, Khairul Nizam Mustafa berkata, berbanding tahun sebelumnya, syarikat telah mengedarkan minyak pelincir yang telah berada di pasaran sejak 2014 itu ialah sebanyak 100,000 liter.

Menurut beliau, sebanyak 50 peratus daripada nilai sasaran tersebut dijangka disumbangkan daripada segmen motosikal dan kenderaan penum­pang.

“Kami akan memberi tumpuan terhadap segmen motosikal kerana ia merupakan pasaran berpotensi memandangkan jumlah pengguna motosikal yang semakin bertambah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penerangan me­ngenai produk Pertamina di pejabatnya di Pusat Perdaga­ngan Phileo Damansara, Peta­ling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Khairul Nizam menjelaskan, syarikat berkeyakinan untuk mencapai misi pertumbuhan jualan tersebut memandang­kan kualiti minyak pelincir Pertamina telah diperakui dan ia berada di kedudukan ke-13 dalam senarai minyak pelincir dunia.

Pertamina merupakan syarikat minyak nasional Indonesia dan berada pada kedudukan 122 dalam senarai Fortune Global 500.

Selain itu, syarikat mengunjurkan untuk menambah rangkaian pemasarannya dengan cadangan untuk melantik lebih ramai pengedar dan usahawan dropship di seluruh negara.

“Kami mahu melantik antara tiga hingga empat pengedar di setiap negeri,” jelasnya.

Tambah beliau, syarikat menawarkan empat segmen produk yang terdiri daripada kenderaan komersial, ken­deraan penumpang, motosikal dan industri yang mana harga produknya ditawarkan pada harga antara RM16 hingga RM226.

Pertamina merupakan syarikat minyak nasional Indonesia dan berada di kedudukan 122 dalam senarai Fortune Global 500.