Model SUV dilihat merupakan kenderaan dominan bagi pasaran di negeri berkenaan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, sejak pelancaran Perodua Aruz pada Januari lalu, lebih 4,000 unit telah diserahkan kepada pemiliknya daripada 14,000 tempahan di seluruh negara.

“Perodua berhasrat untuk mengembangkan lagi kedudukan di pasaran Sabah dan Sarawak daripada 40 peratus pada masa ini.

“Syarikat juga akan meningkatkan usaha memperbaiki tempoh masa penghantaran dan memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini baru-baru ini.