MITI dalam satu kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini berkata, Menterinya, Datuk Darell Lei­king telah membincangkan perkara tersebut semasa melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Brazil, Jair Bolsonaro di Brasilia baru-baru ini.

“Leiking turut membincangkan prospek pertanian pintar dalam perladangan kelapa sawit dan kerjasama teknikal dalam penanaman jagung dengan para pegawai kanan dari negeri Para, Brazil,” katanya.

Pada tahun 2018, perdagangan dua hala Malaysia-Brazil bernilai RM11.57 bilion dengan eksport ke Brazil bernilai RM3.64 bilion manakala import dari negara tersebut berjumlah RM7.93 bilion.

Produk elektronik, getah, kimia, berasaskan minyak sawit, mesin, peralatan dan alat ganti menyumbang 77 peratus daripada eksport Malaysia ke Brazil mana­kala import yang terdiri daripada bijih logam, logam sekerap, makanan diproses serta pertanian lain me­nyumbang 82 peratus.