Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Perniagaannya, Azwan Khan Osman Khan berkata, antara keistimewaan yang ditawarkan ialah tiket penerbangan pergi balik ke mana-mana destinasi di ASEAN, tontonan filem kegemaran di panggung, menaiki GrabCar atau memenuhi selera di restoran kegemaran secara percuma.

“Selain itu, pelanggan juga boleh memilih untuk mendapat diskaun atau rebat ketika membeli-belah secara online atau melalui aplikasi mudah alih,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran ganjaran terbaharu Celcom First di sini semalam.

Azwan Khan menjelaskan, mulai semalam, secara automatik, pelanggan First Platinum pada RM148 atau 60 gigabait (GB) mahupun First Platinum Plus pada RM188 (100GB) selama 12 bulan akan menikmati keistimewaan percuma termasuk perayauan data ke sembilan negara ASEAN, AnydayGB, akses premium Iflix dan Yonder Music tanpa had.

“Kami juga menyediakan keistimewaan sekali iaitu satu tiket penerbangan ke destinasi ASEAN dan ganjaran bulanan yang melibatkan gabungan dua pilihan keistimewaan gaya hidup setiap bulan yang ditawarkan rakan niaga Celcom,” ujarnya.

Di samping itu, Celcom juga menawarkan keistimewaan gaya hidup secara percuma untuk individu yang melanggan pelan First Gold pada RM80 (20GB), First Gold Plus pada RM98 (40GB) atau First Gold Supreme pada RM128 (50GB) bagi tempoh 12 bulan.