Beliau memenangi simpanan tunai bernilai RM1 juta menerusi Cabutan Istimewa BSN SSP untuk bulan Disember lalu bagi mengakhiri kempen ‘Pencarian Diteruskan! 12 juta ringgit, 12 jutawan, 12 bulan’ yang diadakan di Wisma BSN, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif BSN, Datuk Yunos Abd. Ghani berkata, sehingga Disember tahun lalu BSN SSP mencatat lebih 3.27 juta penyimpan yang memiliki nilai simpanan lebih daripada RM3.39 bilion.

Menurutnya, untuk tahun 2019, BSN masih mengekalkan hadiah simpanan tunai BSN SSP sebanyak RM1 juta bagi pemenang Cabutan Istimewa BSN SSP-Hadiah Bulanan bulan Januari hingga November 2019 tetapi hadiah bulan Disember dinaikkan dua kali ganda kepada RM2 juta.