“Laporan Tabung Kewangan Antarabangsa sekali lagi letakkan Malaysia di landasan tepat untuk capai status negara maju berpendapatan tinggi dan memuji daya tahan serta prestasi kukuh ekonomi kita.”

“Dasar ekonomi kita berkesan dan akan terus memacu kita kepada kejayaan!,” kata Najib dalam catatannya di laman twitter beliau.

IMF memuji prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh dan berdaya tahan yang disokong oleh dasar monetari akomodatif serta pengukuhan fiskal secara beransur-ansur. 

“Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, ekonomi Malaysia menunjukkan daya tahan dan terus mencatatkan prestasi baik meskipun kejutan luaran manakala pengukuhan fiskal berjalan lancar, kemajuan dicatatkan ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan meningkatkan inklusi,” kata IMF. 

Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.9 peratus tahun lepas. - Bernama