Program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Kementerian Hal Ehwal Ekonomi itu memperkukuh­kan Malaysia sebagai negara pe­neraju dan model dalam memacu sektor halal global.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, Malaysia menerusi Jakim telah membangunkan sistem pensijilan halal sejak tahun 1974 dan kini badan itu telah mengiktiraf seba­nyak 75 agensi pensijilan halal ­asing dan pihak berkuasa halal dari 43 buah negara.

“Penekanan terhadap produk halal kini semakin berkembang menjadi kuasa pasaran baharu selain menjadi identiti jenama yang sedang membuka laluan di pasaran arus perdana global.

“Masyarakat global kini semakin faham akan konsep halal dan keperluannya sehingga banyak pengeluar yang menukar pandangan mereka berhubung proses halal, pembungkusan halal dan rantaian bekalan halal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan majlis prapelancaran GHaS 19 di sini baru-baru ini.

GHas 19 dijangka bakal dilancarkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed.