Naib Presiden Kanan Pemasaran Domino’s Malaysia dan Singapura, Linda Hassan berkata, produk pencuci mulut tersebut merupakan sebahagian daripada Kempen SO Spicy So Drama yang sedang dijalankan oleh syarikat tersebut.

Katanya, pengenalan Sa­ranghae-ny Stix itu menjadi pelengkap kepada Piza Ssamjeang pedas dan Ayam Haseyo yang diper­kenalkan semula atas permintaan pelanggan.

“Sejajar dengan janji Domino’s Pizza iaitu It’s All About You, kami memberikan komitmen penuh untuk mencipta produk dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan,” katanya ketika majlis pengenalan sajian baharu itu di sini baru-baru ini.

Sempena Kempen SO Spicy So Drama, pelanggan berpeluang menikmati tawaran nilai hebat dengan promosi Ssamjeang Buddy Combo yang menawarkan satu piza Ssamjeang saiz biasa, satu Saranghae-ny Stix, satu Ayam Haseyo dan dua tin minuman ringan pada harga RM39.90 iaitu dengan penjimatan RM25.60.

Ssamjeang Super Combo pula menawarkan satu piza Ssamjeang saiz biasa, satu piza saiz biasa, satu Saranghae-ny Stix, satu Ayam Haseyo dan sebotol minuman ringan pada harga RM54.90, iaitu penjimatan RM37.60.