Kedua-dua AmFunds dan AmIslamic Funds merupakan subsidiari AmInvestment Bank Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif AmInvest, Goh Wee Peng berkata, peningkatan tersebut bakal dipacu menerusi pengenalan saluran digital pendaftaran dana-dana AmPRS, sama ada konvensional mahupun patuh syariah, tanpa sebarang caj dan merentasi kesemua peranti.

“Dengan penawaran digital ini, AmInvest menyediakan saluran yang mudah dan segera kepada pelanggan muda, khususnya golo­ngan celik teknologi untuk berdaftar dengan skim ke­selamatan sosial ini.

“Pelanggan yang berpotensi boleh melanggan dana AmPRS melalui laman www.easicircle.com,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran saluran digital PRS AmInvest di Bangunan AmBank, Jalan Raja Chulan dekat sini semalam.

Wee Peng memaklumkan, usaha tersebut dijayakan dengan kerjasama strategik rakan digital, Easicircle Sdn. Bhd. dan Dynafront Systems Bhd.

Wee Peng berkata, seiring dengan penyediaan platform digital itu, pihaknya menawarkan pelanggan berusia di antara 20 hingga 30 tahun untuk mengambil kesempatan terhadap Insentif Beli PRS bernilai RM1,000 sekali bayar yang disediakan kerajaan bagi sumbangan minimum RM1,000 yang akan berakhir 31 Disember ini.

“Bagi mereka yang menyertai pasaran kerja, individu terlibat juga boleh menikmati insentif cukai RM3,000 apabila pendaftaran langganan mereka diterima,” ujarnya.