Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rosli Talib berkata, ia disokong oleh perjanjian usaha sama syarikat dengan 15 rakan strategik yang terdiri daripada syarikat pelancongan serta penyedia perkhidmatan umrah berlesen.

Menurut beliau, sehubu­ngan itu, pihaknya menyasarkan sejumlah 40 orang jemaah sebulan menerusi penawaran dua pakej umrah standard iaitu­ Pakej MyUmrah dan Pakej ­Golden.

“Walaupun setiap rakan strategik boleh menamakan semula pakej tersebut untuk tujuan pemasaran tetapi kandu­ngan pakej dan harga yang ditawarkan adalah tetap,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Ibu Pejabat PDC Travels di Pusat Perniagaan Bangi, Bandar Baru Bangi ­baru-baru ini.

Menurut Rosli, pakej kembara umrah yang disediakan menawarkan pilihan penginapan hotel bertaraf lima dan tiga bintang.

Lokasinya terletak berdekatan dengan masjid, pengang­kutan yang selesa serta hida­ngan yang menepati cita rasa jemaah Malaysia.

“Kami amat prihatin dengan kehendak dan keperluan pe­langgan dengan memastikan keselesaan serta manfaat dan ilmu diraih sepanjang kembara ibadah bersama kami.

“Sehubungan itu, kami menyediakan barisan mutawwif berilmu dan berpengalaman serta pejabat operasi sepenuh masa di Mekah dan Madinah yang dikendalikan oleh rakyat Malaysia sendiri,” ujarnya.

Antara rakan strategik PDC Travels adalah Rania Travels Sdn. Bhd., Tasnim Travel & Tours Sdn. Bhd., Provel Re­liance Travel & Educare Sdn. Bhd., Kembara Salam Travel & Tour Sdn. Bhd. dan Five Estec Travel Services Sdn. Bhd.

Selain itu, Dhia Holidays & Tours Sdn. Bhd., DJ Travel & Tours Sdn. Bhd., Hijrah Nusrah Travel & Tours Sdn. Bhd., Sara Holidays Sdn. Bhd., Sila Tour & Travel Sdn. Bhd., SRT Travel & Tours Sdn. Bhd. dan Tholand Waey Holiday Sdn. Bhd.

Rosli memaklumkan, kedua-­dua pakej tersebut turut me­rangkumi visa umrah, tiket penerbangan kelas ekonomi, perlindungan takaful dan kad perubatan Medic Pilgrim Card.

Pakej MyUmmah PDC Travels ditawarkan dari harga RM5,650 seorang, sementara MyGolden (dari RM6,490 seorang).

Rosli berkata, bersempena Jualan Merdeka yang diadakan sekarang sehingga 31 Oktober depan, Pakej MyUmrah ditawarkan dari harga RM4,990 seorang bagi penerbangan Januari­ hingga­ Mac 2019.

Maklumat lanjut berkenaan pakej-pakej umrah PDC Tra­vels boleh diperoleh melalui talian hotline 016-243 8708 dan 03-8912 8982 serta laman Facebook pdctravels2u.