Pengasas syarikat, Abdul Halim Hafez berkata, produk yang telah berada di pasaran sejak lima tahun lalu telah membantu ramai pelanggan daripada pelbagai peringkat umur khususnya dalam penjaga­an kesihatan mereka.

Menurutnya, khasiat daripada bahan mentah seperti halia, bawang putih, madu, cuka epal, lemon dan kurma yang diproses secara semula jadi melalui kaedah home made tapi menggunakan peralatan moden dapat memberi manfaat kepada pelanggan.

“Formula buatan tradisional yang diamalkan secara turun-temurun ini tidak menggunakan eks­trak tetapi ia diproses menggunakan bahan mentah di kilang bagi menghasilkan jus segar tanpa hampas atau serdak.

“Lebih menarik produk tersebut telah dibuat uji kaji makmal di Melaka Biotechnology Corporation bagi meningkatkan kualiti Pati Herbamadu selain mengukuhkan keyakinan pelanggan memilih produk tersebut,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kajang, Selangor baru-baru ini.

Abdul Halim menerangkan, kumpulan warga emas serta mereka yang berumur 30 tahun ke­ atas merupakan kumpulan sasaran utama syarikat kerana produk ini dapat membantu meningkatkan kualiti kesihatan diri mereka.

“Mereka berisiko untuk diserang pelbagai penyakit sekiranya tidak mengamalkan hidup sihat selain amalan pemakanan dan kurang beriadah. Sehubungan itu, dengan mengamalkan jus kesihatan tradisional ini, ia akan dapat membantu mereka.

“Bagi golongan warga emas pula, pelanggan lebih suka menitikberatkan aktiviti ke arah ibadat harian mereka. Sekiranya sihat tubuh dan tidak perlu bersolat duduk di atas kerusi, ia satu kepuasan buat mereka,” katanya.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan produk dan menjadi pengedar, boleh menghubungi talian 012-227 2658 atau Facebook: Clear Herbs.