Pengurus Wilayah Lulu Group Retail Sdn. Bhd., Shihab N. Yousaf berkata, cawangan terbaharu tersebut dijangka akan dibuka di negeri seperti Selangor, Melaka dan Johor.

“kami merancang untuk membuka cawangan baharu termasuklah di Setia City Mall dan Bangi, Selangor serta Melaka dan Johor.

“Kita berharap pembukaan ini bakal memberikan peluang pekerjaan kepada para penduduk tempatan sebagai tanggungjawab sosial kami terhadap negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pelancaran Majlis Perasmian Promosi Pesta Makanan, Pasar Raya Besar Lulu di Pusat Beli Belah 1 Shemelin, Cheras di sini, baru-baru ini.

Majlis dirasmikan Timbalan Menteri Wilayah, Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh. - K! ONLINE