Pengurus Besar Osim Malaysia, Chia Sook Fun (gambar kecil) berkata, mesin senaman tersebut direka untuk meniru perge­rakan pinggul semasa menari dan berge­rak secara mendatar dalam angka lapan bagi membantu ke arah pembentukan badan yang langsing, sihat serta cantik.

“uDance menyediakan tujuh tahap kelajuan pergerakan yang boleh dilaraskan mengikut kesesu­aian.

“Ia turut menyediakan dua program se­naman iaitu aerobik untuk pergerakan berkelajuan sederhana pantas yang bertujuan me­ningkatkan daya ketahanan badan dan fungsi kardiovaskular manakala program toning membantu membentuk otot, pinggang serta paha,” katanya pada majlis pelancaran Osim uDance di pusat beli-belah One Utama di sini semalam.

Jelas Sook Fun, pengguna boleh mendapatkan mesin senaman tersebut pada harga RM2,160 seunit berban­ding harga asal RM3,388 sebelum promosi tamat pada akhir September ini.

“Sebagai pengenalan, kami menawarkan uDance menerusi pelan pembayaran mudah sebanyak RM60 sebulan selama 36 bulan.

“Mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai mesin se­naman ini boleh mengunjungi mana-mana cawangan Osim Malaysia di seluruh negara,” ujarnya.