Sebagai permulaan, minuman Origina Dairy Tamar Milk dengan pek 200 mililiter (ml) dan pek kombo Origina Tamar Milk (2 X 800 ml) kini boleh didapati di 27 pasar raya Mydin seluruh negara.

Pengarah PS Food & Beverage Sdn. Bhd. (PS Food), iaitu syarikat pemilik jenama Origina, Nur Fatin Diana Mohd. Zain berkata, penyertaan Origina dalam keluarga besar Mydin memberi kemudahan buat pengguna mendapatkan minuman berkenaan.

“Sasaran PS Food untuk Origina adalah untuk menjadikan ia sebagai jenama minuman pilihan rakyat Malaysia.

“Selepas menembusi pasaran Singapura dan Vietnam, kami sedang merangka perancangan untuk memasuki pasaran Indonesia dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2014, jenama Origina kini menawarkan tiga kategori minuman iaitu minuman berasaskan susu, jus buah-buahan dan teh campuran jus buah-buahan.

Produk paling mendapat sambutan ialah Origina Tamar Milk yang dirumus khas menggunakan susu dari Australia dan pati kurma diimport dari Iran serta bebas kandungan gula tambahan, pewarna tambahan dan bahan pengawet.