KOON BOON
KOON BOON

Pengurus Negara Visa Malaysia, Ng Kong Boon berkata, ini dibuktikan oleh pertumbuhan tiga digit bagi tahun ke tahun yang dicatatkan setakat ini, sekali gus menyaksikan lebih ramai rakyat Malaysia membuat pembayaran menggunakan kaedah tersebut.

“Dalam tempoh sebulan, sebanyak tiga juta transaksi pembayaran dilakukan menggunakan Visa payWave, yang mewakili kira-kira 17 peratus daripada jumlah transaksi keseluruhan Visa Malaysia.

“Dengan ciri-cirinya yang memudahkan pengguna seperti tidak memerlukan nombor pengenalan peribadi (PIN) ketika membuat pembayaran, seterusnya melancarkan urusan di kaunter, Visa payWave terus menjadi pilihan pengguna dalam berdepan dengan fasa peralihan kepada sistem pembayaran digital,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran kad Visa prabayar pelbagai mata wang, Merchantrade Money di sini baru-baru ini.

Sementara itu, ditanya mengenai prospek bagi penggunaan kad prabayar di Malaysia, Kong Boon berkata, ia merupakan salah satu segmen yang sudah bersedia untuk berkembang, didorong oleh perkembangan teknologi pembayaran digital.

“Meskipun dari segi penggunaannya masih kecil, kami berpendapat pasaran kad prabayar kini telah cukup matang untuk berkembang ke satu tahap baharu, sejajar dengan pengukuhan transformasi pembayaran digital.

“Kami percaya kini merupakan waktu yang paling tepat untuk Visa Malaysia terus bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam menawarkan lebih banyak kaedah pembayaran berasaskan prabayar,” jelasnya.

Setakat ini, Visa Malaysia mempunyai lebih 30 juta peme­gang kad dengan lebih 25 juta terdiri daripada pemegang kad debit dan kira-kira enam juta pemegang kad kredit serta sejumlah kecil pemegang kad prabayar Visa.

Individu yang berminat untuk mendapatkan produk dan menjadi pengedar HydroNaNo boleh menghubungi talian 010-340 0669.