Antaranya model te­lefon pintar R17 Pro yang ditawarkan pada RM1,499 berban­ding harga semasa iaitu RM1,999 manakala model A7 ditawarkan pada RM599 berbanding harga semasa RM799.

Tawaran tersebut boleh didapati di www.oppo.com.my/page/merdekaflashsale bermula pukul 6 petang sehingga 7 malam sepanjang tempoh promosi berkenaan.

Oppo menerusi siaran akhbar yang dikeluarkan di sini semalam berkata, pihaknya turut menawarkan cabutan bertuah dengan hadiah bernilai RM800,000 di 32 buah kedai konsep Oppo terpilih seluruh negara.