Pengarah Urusannya, Datuk Farshila Emran berkata, pada masa ini, pihaknya sedang menjalankan kajian berdaya maju (feasibility study) bagi memba­ngunkan kemudahan tersebut.

“Sehingga kini, syarikat sedang mempertimbangkan untuk menggunakan bank tanah syarikat di Sungai Petani, Kedah atau Seri Iskandar, Perak bagi menempatkan kilang vaksin tersebut.

“Jika semua urusan berjalan lancar, kami menjangkakan ia mula dikomersialkan menjelang tahun 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Mesyua­rat Agung Tahunan Pharmaniaga di sini semalam.

Selain itu, Farshila menjelaskan, syarikat komited untuk meneruskan strateginya de­ngan mengurangkan kebergantungan kepada perniagaan berasaskan konsesi atau kontrak kerajaan.

“Pada tahun ini, kami akan bertindak lebih agresif untuk membekalkan lebih banyak produk kepada pemain sektor swasta daripada pelbagai ka­tegori, terutamanya produk penjagaan kesihatan pengguna.

“Ini tidak bermakna kami mengurangkan bekalan produk kepada hospital-hospital kerajaan, sebaliknya syarikat akan meningkatkan penguasaan pasaran dalam perniagaan sektor swasta,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Pharmaniaga, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin berkata, pada tahun ini, syarikat akan memperuntukkan perbelanjaan modal bernilai RM75 juta berbanding RM39 juta pada tahun lepas.

“Ia akan digunakan untuk penambahbaikan peralatan, mesin dan gudang kami bagi operasi di Malaysia dan Indonesia,” ujarnya.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai perkhidmatan yang ditawarkan, boleh menghubungi beliau di talian 012-316 4466.