AirAsia berkata, de­ngan langkah itu, semua pe­nerbangan AirAsia termasuk penerbangan domestik akan beroperasi dari satu terminal.

Syarikat penerbangan tambang rendah itu menambah, jadual penerba­ngannya tidak berubah di sebalik perubahan itu.

“Penumpang yang berlepas dari Jakarta dinasihatkan untuk daftar masuk melalui laman web airasia.com atau apli­kasi mudah alih Air­Asia, mencetak pas masuk sebelum ke lapangan terbang.

“Mereka juga digesa agar tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya tiga jam sebelum pe­nerbangan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini semalam.

AirAsia memaklumkan, kaunter bagasi, daftar masuk dan perkhidmatan lain akan terletak di kaunter 73-80, Pintu 4 pada tingkat pelepasan atau Tingkat 2, Terminal 2F.

“Penumpang tanpa bagasi diperiksa­ juga boleh menggunakan kios layan diri AirAsia yang terletak berhampiran kaunter untuk mendaftar masuk atau mencetak semula pas masuk.

“Mereka digalakkan untuk terus ke kaunter imig­resen dan tiba di pintu masuk 45 minit sebelum pe­nerbangan,” ujarnya.

Ia menambah, kakita­ngan syarikat penerba­ngan itu akan memberikan bantuan kepada penumpang di terminal tersebut sepanjang masa.

Selain menghubungi saluran sokongan pelanggan AirAsia di ­support.airasia.com, penum­pang juga boleh mengikuti akaun Facebook dan Twitter AirAsia untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perpindahan itu.