Pengasas syarikat, Noraini Talib berkata, unjuran tersebut disumbangkan oleh beberapa faktor seperti keunikan produknya yang berkualiti tinggi selain sambutan menggalakkan daripada pelanggan sejak ia berada di pasaran bermula awal tahun lalu.

Menurut beliau, NTSecret merupakan suplemen kesihatan berbentuk serbuk dalam sachet yang dihasilkan daripada gabungan pelbagai bahan bermutu dan tinggi oksidan seperti kurma, acai beri dan delima.

“Produk ini berperanan untuk membantu mencerah dan melembabkan kulit selain membantu mengecilkan liang pori dan membaiki struktur kulit bermasalah selain membekalkan vitamin harian yang diperlukan pengguna,” kata­nya ketika ditemui Kosmo! di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Menurut Noraini, produk NTSecret turut mengawal selera makan khusus untuk mereka yang ingin berdiet dan mendapatkan bentuk badan ideal.

Tambah beliau, unjuran jualan tersebut turut disokong daripada pelbagai testimoni positif yang diterima pelanggan tanpa mengira peringkat umur.

“Unjuran nilai pertambahan jualan syarikat pada tahun hadapan juga bakal dipacu daripada kekuatan rangkaian pengedaran syarikat yang semakin meluas menerusi platform pemasaran dalam talian yang digunakan syarikat,” ujarnya.

Noraini menjelaskan, NTSecret ditawarkan pada harga RM120 sekotak.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan produk dan mengetahui promosi terkini, boleh menghubungi di talian 018-366 4053 atau 011-1002 7676 serta menerusi Facebook ntsecretMy dan Instagram ntsecret_my.