Pengasas Gondola 31, Mohd. Nor Nizam Baharudin berkata, jualan penghabisan stok tersebut akan melibatkan lebih 3,000 produk terpilih.

"Para pelanggan boleh membeli barangan serendah RM15 termasuk pilihan tudung-tudung terkini, pakaian-pakaian moden dan tradisional," katanya.

Tambahnya, antara jenama-jenama yang terlibat dalam jualan kali ini ialah Jubahsouq, Litup Hijab, Meraki, Cotton Metaphore, Jannah Noe, Lisaadam dan banyak lagi.

"Para pelanggan boleh berkunjung ke butik kami yang terletak di Bandar Meru Raya setiap hari bermula dari pukul 10 pagi hingga 10 malam," tambahnya.

Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Gondola31 ditalian 019-3131730 atau layari laman Facebook gondola.31boutique dan Instagram @gondola.31 . - K! ONLINE

gondola 31
Pelbagai pilihan jenama menjadi Gondola 31 sebagai hab pakaian terbesar di negeri Perak