Ia terdiri daripada Vespa Primavera S 150, Vespa Sprint S 150 dan Vespa S125 Carbon Edition.

Varian Primavera S 150 dan Sprint S 150 adalah untuk menggantikan Primavera 150 dan Sprint 150 yang telah berada di pasaran sebelum ini manakala S125 Carbon Edition disediakan sebagai pilihan varian bagi S125 sedia ada.

Pengerusi Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Naza Corporation Holdings Sdn. Bhd., SM Nasarudin SM Nasimuddin berkata, sudah menjadi kutamaan syarikat untuk memberikan produk Vespa yang terbaik dan terkini kepada pelanggan para pelanggan setia.

“Sejak 2010, kami telah berjaya mengedarkan 12,000 skuter Vespa di Malaysia dan jumlah tersebut terus menunjukan pe­ningkatan dari semasa ke semasa.

“Dengan pelancaran tiga varian Vespa sporty yang baharu ini, kami yakin bahawa 2019 akan menjadi tahun yang dinamik untuk Naza Premira dan Kumpulan Naza,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran varian Vespa terbaharu yang berlangsung di pusat beli-belah Sunway Pyramid di sini semalam.

Vespa Primavera S 150 dikuasakan dengan enjin silinder tunggal empat lejang 150cc i-Get.

Ia mampu menawarkan kuasa sepadan beserta kadar penggunaan bahan api lebih rendah sekali gus sesuai untuk kegunaan jalan raya Malaysia dan turut ditambah dengan penampilan perisai, rim aloi amuminium 12 inci serta pelindung hon berwarna dust grey.

Model Vespa Sprint S 150 de­ngan enjin 150cc silinder tunggal I-Get pula merupakan model pertama dalam kelasnya yang membawakan rim bersaiz 12 inci.

Model baharu bagi varian S125, Vespa S125 Carbon Edition tampil unik dengan hiasan ben­dera ikonik Itali Tricolore beserta rim hitam bersaiz 11 inci, lampu utama berbentuk petak, penye­rap hentakan berwarna merah beserta enjin empat lejang 125cc silinder tunggal i-Get sekali gus menjadikan tunggangannya lebih senyap, lancar dan selesa.