Ia membabitkan kumpulan kedua yang diwakili lima orang pengedar selepas permeteraian perjanjian yang sama dimeterai dengan kumpulan pertama pada tiga ming­gu lepas.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Li Chunrong berkata, Proton akan terus me­langkah ke hadapan untuk memastikan ia kekal relevan dan berdaya saing dalam industri automotif dengan menawarkan produk, kualiti serta perkhidmatan kelas pertama.

“Oleh itu, tentunya para pengedar bersetuju untuk menaik taraf premis mereka kepada 3S dan 4S.

“Mereka percaya bahawa laya­nan terbaik kepada pe­langgan serta pengalaman ketika proses jualan dan perkhidmatan adalah satu kemestian.

“Bagi saya, jika kita mempunyai lebih banyak pengedar yang bersetuju untuk menaik taraf rangkaian mereka maka ini akan membuktikan kekuatan yang dimiliki Proton,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Chunrong menjelaskan, masih terdapat ahli perniagaan di luar sana yang percaya kepada jenama Proton dengan penuh keyakinan

Terdahulu, majlis menandatangani perjanjian tersebut telah diadakan dan ia telah dihadiri oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Radzaif Mohamed serta Ketua Jualan dan Perancangan Rangkaian Proton, Dr. Ho Tuck Sum.

Dalam usaha untuk meningkatkan jenamanya ke tahap berbeza, Proton me­laksanakan program insentif yang menawarkan peluang kepada pengedar sedia ada yang ingin menaik taraf statusnya kepada pusat 3S dan 4S, serta mereka yang ingin menyertai sebagai pengedar Proton baharu.

Inisiatif itu menjadikan Proton lain daripada yang lain dalam industri automotif, sekali gus menjadi pemangkin dalam pasaran dengan menawarkan peniaga skim sokongan insentif terbaik.