Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Hasnul Fadhly Hasan berkata, produk tersebut direka khusus untuk entiti perniagaan, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) agar dapat melangkah lebih jauh seiring dengan perubahan teknologi.

Menurut beliau, ia turut merangkumi aspek pemasaran dan kebolehupayaan perniagaan.

“GO2 Solutions memberi alternatif kepada usahawan untuk mengembangkan potensi serta sayap perniagaan dengan menggunakan solusi teknologi maklumat (IT).

“Kami percaya setiap perniagaan harus bergerak ke arah digital untuk te­rus kekal relevan dan kepentingan masa depan.

“Oleh itu, produk ini mampu membuka ruang dan mengalakkan PKS untuk memanfaatkan kemudahan digital berdasarkan keperluan semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran GO2 Solutions di sini semalam.

Menurut Hasnul, sejak dilancarkan pada Oktober 2017, produk berkenaan telah mempunyai kira-kira 3,000 orang pengguna setakat ini.

Jelasnya, pakej IT GO2 Solutions terbahagi kepada GO2 Brand, GO2 Commerce dan GO2 Business yang menyediakan solusi khusus.

Tambah beliau, untuk menjayakan inisiatif berkenaan, MYNIC turut bekerjasama dengan peneraju industri seperti Avana, F-Secure dan Accellion.

Pakej-pakej GO2 Solutions ditawarkan dari harga RM66 sehingga RM1,288 setahun.