Ketua Pegawai Eksekutif­nya, Vincent Lua berkata, usaha melebarkan sayap ke empat buah negara ber­kenaan adalah sejajar dengan hala tuju syarikat dalam me­nguasai pasaran ASEAN dan menjadikan Mye­ongDong Topokki sebagai jenama pilihan makanan jalanan Korea.

“Kami akan membuka ma­sing-masing satu cawa­ngan secara berperingkat untuk setiap negara ber­kenaan dengan peruntukan perbelanjaan modal (capex) antara AS$150,000 (RM 627,674) hingga AS$200,000 (RM836,883) bagi setiap pembukaan.

“Syarikat melihat prospek positif bagi pasaran ASEAN yang mempunyai kira-kira 300 juta penduduk, justeru itu, ia merupakan peluang baik untuk kami mengembangkan jenama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Kosmo! ketika ditemui di cawangan MyeongDong Topokki di Sunway Velocity, Cheras di sini semalam.

Sehingga kini, MyeongDong Topokki hanya boleh dinikmati di Malaysia dengan memiliki sebanyak 13 buah cawangan.

Sementara itu, menurut Vincent, sebagai perancangan me­ngukuhkan jenama ber­kenaan di peringkat tempatan, syarikat menyasarkan untuk membuka sebanyak tujuh buah cawangan termasuk di pusat beli-belah Mid Valley dan MyTown serta di Johor.

“Bagi pengenalan cawangan baharu ini, ia akan dibuka oleh francais kami dengan melibatkan capex sebanyak RM500,000 bagi setiap outlet.

Mengulas status pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), beliau berkata, syarikat tersebut dalam proses akhir untuk mendapatkan pengiktirafan tersebut.

“Syarikat begitu memberi tumpuan berhubung perkara ini dan melihat segmen halal sebagai pasaran yang luas dan penting khususnya kepada pengguna juga industri keseluruhan,” katanya.