Pengarah Urusannya, Adrian Ong berkata, cawangan MR.DIY di 1 Utama merupakan cawangan konsep perdana terbesar setakat ini dengan menawarkan produk berkualiti pada harga terendah dan mampu milik.

“Selepas ini, kami merancang untuk membuka 10 lagi cawangan setiap bulan antaranya di Cheras, Damansara Utama, Hartamas dan Ipoh.

“Sehingga kini, jumlah kunju­ngan pelanggan ke MR.DIY lebih tujuh juta pelanggan setiap bulan menerusi semua rangkaian kami dan pelanggan dalam talian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas pelancaran cawangan ke-500 di pusat beli-belah 1 Utama, Bandar Utama di sini baru-baru ini.

Majlis dirasmikan Pengerusi MR.DIY, Datuk Azlam Shah.

Sementara itu, Adrian menjelaskan, syarikat itu juga berusaha untuk mengekalkan MR.DIY sebagai jenama perkakas rumah yang terulung di Malaysia.

“Pihak kami mengucapkan teri­ma kasih kepada pelanggan setia atas sokongan mereka yang sentiasa memilih kami sebagai pusat membeli-belah pilihan utama mereka,” katanya.

MR.DIY menawarkan pilihan lebih 14,000 produk dalam 10 ka­tegori iaitu perkakas, barangan rumah, barangan elektrik, aksesori kereta, alat tulis, mainan, hadiah, sukan, perhiasan serta barangan kosmetik.