Bermula 1 hingga 30 September 2019, pelanggan ditawarkan diskaun sehingga 30 peratus bagi jenama Malaysia terpilih di lebih 500 cawangan MR.D.I.Y. di seluruh negara, selain platform e-dagang peruncit dan Shopee.

Sejumlah 42 produk dalam empat kategori (perkakas, isi rumah, barangan elektrik, dan aksesori kereta) akan dijual pada harga diskaun.

Antara jenama terlibat termasuk Waxco, Lava, Kleenso, Gendang, Hokah, Zirafah, PYE, LWD, Sekoplas, RayaCo, Tecchplas, Kilat, X’traseal, Felton, Eplas, dan Elianware.

Naib Presiden Pemasaran MR.D.I.Y., Andy Chin berkata, kempen ber­kenaan merupakan sebahagian daripada strategi pihaknya untuk menyampaikan penghargaan kepada jenama-jenama Malaysia yang menawarkan produk mereka di ca­wangan MR.D.I.Y.

“Sebagai jenama kelahir­an Malaysia, kami menggunakan detik bersejarah negara untuk meningkatkan kesedaran pelanggan supaya menyokong produk buatan Malaysia yang boleh didapati di cawangan-cawangan kami,” katanya menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan semalam.

MR.D.I.Y. kini memiliki lebih 540 buah cawang­an seluruh negara, yang memberi perkhidmatan kepada lebih tujuh juta pelanggan setiap bulan.