MR.D.I.Y

Naib Presiden Pemasaran, Andy Chin berkata, melalui kempen tersebut, orang ramai yang berkunjung ke mana-mana cawangan peruncit perkakas rumah terbesar negara itu bakal menikmati penjimatan sehingga 30 peratus bagi 40 produk permintaan tinggi.

Ia juga terbuka kepada pelanggan yang membeli-belah secara online melalui platform www.mrdiy.com.my.

Menurutnya, syarikat menawarkan produk-produk daripada lapan kategori iaitu perkakasan, isi rumah, barangan elektrik, aksesori kereta, kelengkapan dan perhiasan, alat tulis dan sukan, mainan, aksesori komputer dan juga aksesori telefon bimbit.

“Antara produk yang diberikan diskaun termasuk barangan keperluan rumah seperti botol air, mop putar dan tuala mandi serta keperluan penambahbaikan rumah termasuk rak kasut empat tingkat, kusyen dan cadar katil saiz ratu.

“Barangan popular lain yang dijual pada harga diskaun termasuk lampu kepala dan raket badminton,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Andy menjelaskan, promosi tersebut merupakan kali kelima syarikat menganjurkan kempen dan ia sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia kami.