Kenanga Research berkata, trajektori menaik itu boleh dicapai jika kedudukan sokongan pada 1,630 terus meningkat dan sokongan psikologi pada 1,600 mata kekal kukuh.

“Suku pertama lazim­nya lebih kukuh dari segi pres­tasi pasaran berban­ding suku kedua dan ketiga.

“Indeks dijangka tidak banyak berubah antara 1,600 dan 1,900 jika tiada sebarang berita negatif utama muncul,” katanya dalam nota kajiannya yang dike­luarkan di sini semalam.

Kenanga Research menjelaskan, prestasi pasaran juga disokong oleh potensi kenaikan tahap kadar Amerika Syarikat (AS) yang perlahan, ia dijangkakan menjurus kepada penyusutan indeks Dolar AS.

Oleh itu, pengaliran keluar asing akan menjadi lebih terurus pada masa depan, katanya.

“Selain itu, apabila ringgit secara relatifnya murah dan didagangkan pada kedudukan terendah dalam tempoh dua dekad berbanding mata wang lain di Asia, pasaran ekuiti Malaysia akan menjadi le­bih kompetitif,” katanya.

Mengenai risiko, firma penyelidikan itu me­nerangkan, kebimbangan ke atas penilaian pasaran dengan pengaliran keluar bersih dana asing seba­nyak RM3.16 bilion pada suku keempat tahun lalu berbanding RM1.71 bilion pada suku sebelumnya, akan menjejaskan prestasi pasaran.

Faktor lain ialah harga minyak yang lemah serta harga minyak sawit mentah yang kurang menarik, serta unjuran tekniknya yang lemah.

“Namun, kami yakin pasaran tempatan masih dalam jajaran yang tidak banyak berubah sehingga pemangkin penarafan semula yang signifikan,” katanya. – Bernama