Menerusi perjanjian tersebut, MOFAZ membeli dan mengambil­alih 70 peratus saham YCM dengan baki selebihnya sebanyak 30 peratus kekal dimiliki oleh YCM.

MOFAZ dalam satu kenyataan berkata, permeteraian perjanjian itu menjangkaui kebiasaan kerjasama perniagaan kerana kedua-dua entiti merupakan syarikat milik keluarga, dan kini bersiap sedia untuk membawa perniagaan ke peringkat seterusnya.

“Dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM2 bilion, MOFAZ membantu meningkatkan penglibatan bumiputera dalam industri pembinaan dan pembangunan hartanah menerusi inisiatif swasta ini.

“Dengan keluasan bank tanah yang dimiliki, kami yakin terhadap kredibiliti YCM serta rekod pembinaan cemerlangnya,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini semalam.

Terdahulu, satu majlis menandatangani perjanjian penggabungan dan pengambilalihan antara kedua-dua syarikat telah diadakan de­ngan MOFAZ diwakili oleh Presiden Kumpulannya, Mohamed Fauzy Abdul Hamid dan YCM diwakili oleh Pengarah Urusannya, Yap Chee Meng.

MOFAZ merupakan sebuah syarikat konglomerat dengan pengalaman melebihi empat dekad dalam bidang-bidang seperti marin, pe­nerbangan, sukan bermotor, industri automotif, perdagangan antarabangsa dan domestik, hospitaliti dan perkhidmatan serta pembinaan.

YCM merupakan syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1986 de­ngan menjalankan perniagaan dalam bidang pembinaan bangunan, kerja-kerja pengubahsuaian hiasan dalaman serta perdagangan bahan-bahan pembinaan bangunan.