Menurut Pengarah Pe­jabat Pelancongan dan Kebudayaan Melaka, Jefri Munir, sasaran itu susulan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Jejak Wa­risan Tours & Travel Sdn. Bhd. (JWWT) dengan Ray Foundation New Delhi di Dehradun City, India pada 8 Oktober lalu.

Katanya, kehadiran pe­lancong dari negara tersebut dijangka meran­cakkan sektor pelanco­ngan negara ini, khususnya di Melaka.

“Bagi menjayakan dan melengkapkan usaha ini, pihak JWWT telah menandatangani persefahaman kerjasama dengan beberapa pemilik dan pe­ngusaha produk tempatan di Melaka.

“Ia termasuk Perbada­nan Muzium Melaka (Perzim), Mini Malaysia dan Taman Budaya ASEAN serta Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM).

“Kerjasama ini adalah untuk memberi keyakinan kepada pelancong dari wilayah utara India, khususnya Uttarakhand untuk terus memilih Melaka sebagai destinasi pelancongan mereka, sekali gus mencapai sasaran 10 peratus kedatangan pelancong India ke Malaysia pada tahun 2018,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena majlis menandata­ngani MoU antara JWWT bersama pengusaha pro­duk tempatan di Banda Hilir di sini semalam.

Turut hadir Pengurus Besar Perzim, Datuk Khamis Abas; Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Nazary Ahmad dan Presiden Dewan Usahawan India Malaysia, K.A. Bharat.

Mengulas lanjut, Jef­ri berkata, kerjasama tersebut turut mendapat sokongan padu daripada syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines Bhd. yang menyediakan perkhidmatan penerba­ngan setiap hari ke wilayah berkenaan.

“Sebagai permulaan, delegasi seramai 18 orang yang terdiri daripada golongan akademik dan usahawan dari Uttarakhand akan mengadakan lawatan suai kenal ke Malaysia khususnya Melaka bagi merasai pengalaman percutian di negeri.

“Mereka akan berada di sini esok (hari ini) sehingga 22 November ini,” katanya.

Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Miss Uttarakhand 2017, Nehul Tyagi yang juga duta bagi aktiviti promosi JWTT.

Ada pix (kalau muat)