Tetapi berniaga juga dapat mengubah perwatakan seorang yang sebelum ini pasif dan memiliki perasaan rendah diri, mengubah kepada wanita yang berani tampil di depan masyarakat, aktif dan berwawasan untuk mengetuai sekumpulan pengedar bagi mencatat prestasi jualan menggalak­kan setiap bulan.

Perubahan ini berlaku kepada wakil jualan Mee­racle berstatus diamond, Nurul Syafirah Tajudin, 27, dari Tapah, Perak.

Beliau mengakui, dirinya kini bukan seperti dulu dan bidang yang diceburinya itu mengubah 360 darjah aktiviti ha­rian hidupnya kerana perlu mengetuai lebih daripada 200 pengedar di bawah­nya.

“Saya bertuah kerana memiliki mentor Meeracle yang membantu dalam pelan pemasaran dan seterusnya berjaya membentuk keyakinan diri saya untuk membentuk satu kumpulan pengedaran yang aktif,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Nurul Syafirah menjelaskan, sebelum ini, beliau bekerja di sebuah klinik swasta dan turut berjinak-jinak menjual produk penjagaan kesihatan berjenama lain, tetapi ia gagal kerana kurang bimbingan dan latihan.

“Saya mencuba lagi dan menemui produk Meeracle di media sosial lantas tertarik dengan produk dan ganjaran yang ditawarkan kepada pengedar.

“Berbekalkan modal sebanyak RM448 daripada duit gaji, saya mula terjun dalam bidang pemasaran produk ini, bersandarkan kepada latihan yang diberikan oleh mentor kumpulan, saya berjaya menjualnya kepada pelanggan baharu.

“Pada peringkat awal, saya turut dicemuh oleh saudara sendiri kerana tidak serik berniaga dan mereka berpandangan negatif terhadap usaha baharu ini.

“Namun ia memberi semangat yang kuat untuk membuktikan langkah ini tidak akan kecundang lagi,” tegasnya.

Bermula di situ, perjalanan Nurul Syafirah dipergiatkan lagi dengan menubuhkan kumpulan yang terdiri daripada 200 pengedar dari seluruh negara, kebanyakan daripada mereka adalah suri rumah dan sangat bersemangat untuk berniaga.

“Melihat kepada sema­ngat mereka membuatkan saya semakin komited untuk membawa kumpulan ini menikmati ganjaran yang ditawarkan syarikat selain pendapatan lain yang lumayan,” jelasnya.

Beliau menggunakan platform media sosial untuk berinteraksi dengan para pengedar dalam kumpulannya selain memberi tunjuk ajar mengenai jualan produk dan juga mendengar masalah mereka yang berada dalam kesulitan khusus­nya berkaitan dengan modal dan wang tunai.

Nurul Syafirah menerangkan, semangat juangnya bukan datang dari dirinya sendiri tetapi dipacu kuat daripada suaminya, Mat Izhar Mat Rejab, 28, dan ahli keluarganya terus memberi dorongan sehingga ke tahap sekarang.

“Saya menyimpan misi untuk membawa kumpulan yang diterajui kini mencapai ke tahap tertinggi dengan catatan jualan terbaik setiap bulan, namun hubungan kekeluargaan antara saya dengan para pengedar di bawah kendaliannya terus kukuh.

“Segala usaha jerih perih yang dilalui sebelum ini pastinya akan terbayar dengan ganjaran yang diperoleh mereka, itu sudah cukup memberi satu kepuasan dan ke­gembiraan buat diri saya,” jelasnya.

Mereka yang berminat untuk menjadi pengedar Meeracle, boleh menghubungi beliau di talian 019-432 8480.