Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pada masa ini Maybank beroperasi di India menerusi anak syarikatnya, Bank Internasional Indonesia (BII), di Mumbai sejak 2013.

"Maybank sedang berunding untuk membuka cawangan sendiri di India tanpa melalui BII, " katanya. - Bernama