Global Finance dalam satu kenyataan berkata, bank-bank tersebut dipilih melalui satu penilaian mengikut penarafan jangka panjang mata wang asing daripada firma penarafan dan penyelidikan Moody's, Standard & Poor dan Fitch termasuk jumlah aset merangkumi 1,000 bank terbesar di seluruh dunia.

Selain penamaan bank-bank yang paling selamat dalam 106 negara, ia turut menyenaraikan 50 bank yang paling selamat di dunia, 50 bank perdagangan yang paling selamat, 50 bank paling selamat dalam pasaran baharu muncul, institusi kewangan Islam yang paling selamat dalam Majlis Kerjasama Teluk dan bank-bank yang paling selamat mengikut wilayah.

Sementara itu, Pengarah Pengarang dan Penerbit Global Finance, Joseph D. Giarraputo berkata, walaupun wujud usaha-usaha bagi mengharmonikan peraturan kewangan merentas rantau dan di seluruh dunia, peraturan yang ada tetap kekal unik bagi setiap negara.

Ia disebabkan oleh risiko tertentu dan sumber.

“Khususnya bagi bank-bank yang beroperasi merentasi sempadan, cabaran yang dihadapi adalah untuk bertindak balas pada sesuatu situasi pada masa yang sama.

“Mereka juga perlu menawarkan pengalaman yang konsisten bagi pelanggan korporat yang juga beroperasi dalam beberapa bidang kuasa yang berbeza,” katanya di sini semalam. 
– Bernama