Pengarah Urusan Mayazia Motorsport, Amir Iskandar Kisham Khairul berkata, sasaran tersebut dijangka mampu dicapai memandangkan model terbaharu itu berjaya mendapat perhatian pelanggan sejak mula dilancarkan pada 30 November lalu.

Beliau berkata, bermula dengan harga RM118,819 sehingga RM125,868 tidak termasuk insurans, kenderaan tersebut mampu dimiliki khususnya golongan pertengahan.

"Kenderaan tersebut memiliki pelbagai keistimewaan khususnya daripada aspek keselamatan yang dianggap terbaik selepas dilengkapi tujuh beg udara, kawalan dinamik kenderaan (VDC) dan bantuan mula mendaki.

"Ruang dalamannya juga tampak lebih selesa dan bergaya disamping tempat penyimpanan barang yang luas, rekaan stereng baharu dan pelbagai lagi keistimewaan lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran kenderaan berkenaan di bilik pameran Mayazia Motorsport Sdn. Bhd. di Jalan Long Yunus di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengurus Motor Image Malaysia (MIM), Karen Yip; Pengurus Kanan Jualan, Ng Jin Han dan Pengurus Jualan Mayazia Motorsport Kota Bharu, Mohd. Hafizie Ab. Kadir. - K! ONLINE