Ketua Pegawai Pemasaran dan Pe­ngalaman Pelanggan Kumpulan, Lau Yin May berkata, menerusi kempen tersebut pelanggan akan mendapat perkhidmatan tambahan dan bukan sekadar tiket penerbangan.

“Antara produk yang dijangka dilancarkan pada suku ini menerusi kempen ini adalah aplikasi MH­assistant dan pakej percutian.

“MHassistant menawarkan kelebihan tambahan seperti MHvouchers sementara bagi pakej percutian pula, pelanggan boleh merangka percutian istimewa termasuk kombinasi tiket penerbangan, penginapan dan aktiviti yang membolehkan mereka menikmati pengalaman menarik di seluruh Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di pejabat jualan tiket Malaysia Airlines di KL Sentral di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pegawai Pero­lehan Kumpulan MAS, Ignatius Ong dan Ketua Pegawai Perkhidmatan Korporat Kumpulan, Nik Azli Abu Zahar.

Jelas Yin May, kempen Hospitaliti Malaysia adalah lanjutan daripada fasa pertama yang dilancarkan tahun lepas, merangkumi perkhidmatan dan penawaran produk MAB.