Pengasas dan Pengarah Urusannya, Erny Looi berkata, pertambahan rakan perniagaan itu akan memberi peluang kepada syarikat untuk memasarkan lebih banyak pilihan produk dan menawarkan harga lebih istimewa kepada pelanggan.

Menurut beliau, lima syarikat yang telah memuktamadkan cadangan bekerjasama dengan Mari Mari Home ialah Healthy World Lifestyle Sdn. Bhd. (Healthy World) melalui produknya, Ogawa Unity Kitchen Sdn. Bhd., Delux Stainles Steel Sdn. Bhd., SENZ Marketing (M) Sdn. Bhd. dan Korea Wallpaper Sdn. Bhd.

“Misi kami adalah untuk menjadi platform jenama isi rumah terbesar di negara ini dengan lebih sejuta pelanggan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Mari Mari Home dengan Healthy World di sini semalam.

Turut hadir Pengarah Eksekutif Healthy World, Lim Mee Ling.

Selain itu, Erny menjelaskan, Mari Mari Home telah ditubuhkan awal tahun ini dan berjaya memberi nilai tambah kepada program syarikat.

Sementara itu, Mee Ling menjelaskan, melalui kerjasama dengan Mari Mari Home, syarikat mengunjurkan pe­ningkatan 10 peratus jualan produk kesihatan berjenama Ogawa.

Melaluinya, ia juga dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan orang ramai untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan berkualiti.