Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Malik Dasthigeer berkata, outlet baharu ini menawarkan lebih daripada 300 jenis pelbagai produk untuk memenuhi keperluan pelanggan di negeri tersebut.

“Cawangan baharu ini akan memberi tumpuan terhadap barangan berharga murah dan berkualiti.

“Syarikat itu juga akan melibatkan rangkaian perniagaan import dan eksport di negeri Johor,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Empayar perniagaan Abdul Malik terlibat dalam bidang hartanah, produksi dan pengedar perfileman, butik hotel,perniagaan import dan eksport, pengedaran alat permainan kanak-kanak, pengurup wang serta perniagaan umum.

Syarikat kini semakin popular dalam bidang pemborongan dan peruncitan khususnya di Kuala Lumpur dan sehingga kini, ia memiliki enam cawangan dengan gudangnya.

“Kami bercadang untuk meluas perniagaannya ke peringkat global dengan pembukaan cawangan baharu di Dubai menjelang akhir bulan ini,” jelasnya. - K! ONLINE