Ia mendahului negara-negara seperti Australia pada kedudukan ke-18, Kanada (22), Jepun (39), China (46), Brunei (55), Indonesia (73) dan India (77).

Skor 80.60 yang dicapai juga meletakkan Malaysia di tempat kedua, selepas Singapura (85.24), dalam kalangan negara-negara ASEAN dalam laporan yang mengukur ekonomi berkaitan kawal selia dan kemudahan untuk menjalankan perniagaan.

Ahli Ekonomi dan Pe­rangkawan Kanan Bank Dunia (Ekonomi Membangun - Kumpulan Indikator Global), Arvin Jain berkata, sebanyak enam pembaharuan perniagaan yang dijalankan pada tahun lalu telah memacu kedudukan Malaysia untuk ber­ada dalam kelompok 20 ekonomi teratas, berban­ding kedudukan ke-24 pada 2017.

“Pembaharuan itu me­rangkumi bidang memulakan perniagaan, urusan permit pembinaan, mendapatkan bekalan elektrik, pendaftaran hartanah, da­gangan merentasi sempadan dan menyelesaikan ke­takmampuan bayar,” ka­tanya pada taklimat media pembentangan laporan ber­kenaan di Sasana Kijang dekat sini semalam.

Turut hadir Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia, Richard Record.

Arvin menjelaskan, Malaysia merupakan antara lima negara yang menunjukkan prestasi paling cemerlang dalam beberapa bidang diukur dalam laporan berkenaan.

Selain itu, beliau menambah, dalam bidang mendapatkan bekalan elek­trik, Malaysia kini berada pada ranking keempat global, manakala kos untuk perniagaan mendapatkan hu­bungan elektrik komersial hanya 26 peratus per kapita berbanding purata 625 peratus di Asia Timur dan Pasifik.