Pengasas syarikat, Farah Adila Mohd. Firdaus Siah berkata, buat masa ini, kedua-dua produk berkenaan telah mendapat sambutan yang menggalakkan kerana kualiti produk khususnya Magical C Pure diyakini dapat membantu meningkatkan kualiti kesihatan dalaman pelanggan wanita.

Menurutnya, Magical C Pure merupakan 100 pe­ratus vitamin C asli yang selamat digunakan serta mengandungi stevia yang dapat membantu mencerah dan merawat keseluruhan kulit.

“Bukan untuk wanita sahaja kerana syarikat telah menerima banyak permintaan daripada golongan lelaki yang telah mencuba produk tersebut khusus bagi mereka yang suka menjaga penampilan diri kerana membantu menjadikan kulit lebih licin dan cerah.

“Selain itu, ia juga dapat membantu menurunkan berat badan,” katanya pada majlis meraikan pe­langgan dan pengedar di pejabatnya di Bangi baru-baru ini.

Farah Adila menjelaskan, selain itu, syarikat turut mengeluarkan bedak asas yang dikenali sebagai 24K Gold Treatment Foundation yang berkonsepkan empat dalam satu dengan bertindak sebagai bedak kompak, bedak asas, pelindung matahari dan juga serum.

Ia bersesuaian untuk semua jenis kulit menjadikan wajah lebih berseri, melindungi kulit daripada sinaran matahari selain membantu merawat masalah jerawat serta jeragat.

“Berdasarkan kepada maklum balas dan testimoni daripada pelanggan, kami percaya, produk kami mampu menguasai pasaran kerana dipromosi mengikut sistem pemasaran yang betul kepada kumpulan sasaran.

“Lebih menarik, kami berjaya mendapat soko­ngan daripada para pengedar, stokis dan dropship, sekali gus rangkaian pemasaran mereka membantu meningkatkan jualan serta mengukuhkan jenama syarikat,” katanya.

Buat masa ini, syarikat memiliki lebih daripada 50 stokis, 200 pengedar dan 100 usahawan dropship yang aktif dan mengunjurkan jumlah tersebut meningkat kepada 1,000 orang pada tahun ini serta terus bertambah sehingga 10,000 pada masa depan.

“Kami mahu meluaskan penguasaan pasaran bukan sahaja di pasaran domestik tetapi juga menembusi Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei,” jelasnya.

Farah Adila menerangkan, produk 24K Gold Treatment Foundation, dijual pada harga RM69 seunit, manakala Magical C Pure ialah RM39 sekotak,” jelasnya.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan produk dan menjadi pengedar, boleh menghubungi di talian 016-742 9700 atau 019-399 7756.