Ketua Pegawai Komersial MAB, Arved Nikolaus Von Zur Muehluen berkata, kajian secara menyeluruh perlu dilaksanakan sebelum laluan pesawat itu diperluaskan.

Menurut Arved, fokus perkhidmatan A350-900 adalah laluan Kuala Lumpur ke London sebelum pesawat itu memperkenalkan ke laluan baharu.

"Setakat ini pesawat A350-900 akan menyediakan perkhidmatan penerbangan ke London sahaja.

"Pada masa yang sama, kajian berterusan akan dilakukan untuk laluan baharu pesawat ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada penerbangan cubaan A350-900 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini hari ini. - K! ONLINE