BRYAN

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Bryan Loo berkata, pengambilan pekerja baharu itu akan meme­nuhi keperluan bagi jenama utamanya, Tealive, yang akan menambah 250 cawang­an dalam tempoh tersebut.

“Ia menjadikan jumlah cawangannya bertambah kepada 500 outlet di Malaysia menjelang pertengahan 2021.

“Ini bermakna untuk Tealive sahaja, kami memerlukan lebih daripada 1,200 pekerja, iaitu purata lima pekerja bagi setiap kedai,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Bryan menjelaskan, langkah itu juga sejajar dengan objektif syarikat untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

Selain itu, syarikat juga be­kerjasama dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk me­nempatkan graduan UiTM di kedai-kedai Tealive bagi merasai sendiri pengalaman dalam pengurusan kedai.

“Sehubungan itu, Tealive juga telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Petronas untuk membuka 300 kedai Tealive di Petronas Kedai Mesra dalam tempoh tiga tahun.

“Syarikat juga telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Kolej Komuniti Arau di Perlis untuk menyediakan perantisan bagi pelajarnya yang berdaftar dalam program persijilan pemprosesan makanan dan kawalan kualiti,” katanya.

Bryan menerangkan, kumpulan pertama pelajar itu telah ditempatkan di kedai-kedai Tealive terpilih manakala 60 pelajar lain untuk kumpulan seterusnya akan menyusul pada Disember 2019.