Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika mengumumkan berita baik itu berkata, lima jenama kenderaan tersebut terdiri daripada model Perodua, Honda, Toyota, BMW dan Volkswagen.

“Saya telah memperoleh maklumat bahawa ada beberapa jenis kereta yang harganya jika dibandingkan dengan (ketika dilaksanakan) Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah lebih rendah.

“Ini kerana kita tidak kutip begitu banyak berbanding GST, harga barangan boleh lebih kurang dan ia juga dilaksanakan oleh kerajaan bagi menjamin kesejahteraan rakyat,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.