Pengarah Urusannya, Kim Kyutae berkata, keputusan untuk membuka lebih ba­nyak cawangan konsep tersebut diambil ekoran keyakinan pihaknya terhadap ekonomi Malaysia yang dijangka berkembang pada tahun 2019.

“Setakat akhir tahun ini, kami mempunyai 38 cawa­ngan di seluruh Malaysia.

“Selain pembukaan seku­rang-kurangnya 10 cawangan baharu tahun hadapan, kami juga menyasarkan setiap bandar utama di negara ini mempunyai sebuah cawangan LG.

“Usaha ini bagi membolehkan lebih ramai pelanggan melihat dan mendapatkan produk premium dan inovasi yang ditawarkan jenama terkemuka ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan cawangan LG di Bandar Permas Jaya di Masai dekat sini baru-baru ini.

Turut hadir, Pengurus Besar LG Malaysia, Kong Mun Keen.

Menurut Kyutae, dalam usaha untuk bersaing dengan produk dari jenama terkemuka lain, pihaknya kini memberi fokus dalam memperkasakan penciptaan produk berinovasi yang memudahkan pengguna.

“Sebagai contoh, televisyen LG yang ditawarkan pada masa ini menerapkan ciri-ciri kecergasan buatan (AI) yang membantu pengguna selain paparan yang mempesonakan.

“Syarikat juga sedang ber­kerjasama dengan firma-firma terkemuka seperti Google,” katanya.

Beliau menambah, walaupun inovasi seperti Google Home masih tidak terdapat di Malaysia, namun pihaknya telah melengkapkan produk LG dengan AI berkaitan bagi memberi pengalaman baharu kepada pengguna di Malaysia.