Pengarah Urusannya, Tan Sri Lim Hock San (gambar kecil) berkata, projek yang dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2020 itu terdiri daripada komponen pangsapuri khidmat dan lot-lot runcit.

“Sehingga kini, lot kediaman Zenopy Residence telah terjual sebanyak 31 peratus dan kami menjangkakan ia mampu meningkat kepada 75 peratus menjelang akhir tahun ini.

“Berdasarkan keadaan pasaran semasa yang dilihat bertambah baik, kami yakin kesemua lot akan terjual apabila pembinaannya siap sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena majlis pelancaran Zenopy Residences di sini semalam.

Menurut Hock San, kemudahan utama yang disediakan ialah trek joging, sudut gimnasium, gelanggang tenis dan badminton, sauna, ruang makan dalam taman, bilik pelbagai fungsi, gazebo dan sebuah ‘skylounge’.

“Selain itu, lokasinya juga amat strategik yang mana ia terletak berhampiran dengan pusat beli-belah utama, pasar raya besar, Universiti Putra Malaysia, selain turut berhampiran dengan stesen MRT Equine Park dan Taman Putra Permai yang sedang dibina,” jelasnya.

Terletak di atas sebidang tanah seluas 1.89 hektar, Zenopy Residences terdiri daripada 398 unit kediaman pangsapuri khidmat serta dilengkapi dengan 51 unit komersial dan 23 lot kedai mampu milik.

Unit kediaman dijual pada harga bermula daripada RM413,000 (selepas diskaun bumiputera) hingga RM604,000 seunit.