Pengasas syarikat, Nur Rahaida Abd. Halim berkata, prestasi itu bakal disumbangkan daripada beberapa faktor seperti penawaran produk berkualiti tinggi dan sambutan menggalakkan daripada pelanggan, khasnya dalam kalangan penggemar minuman kopi serta teh.

Menurutnya, kedua-dua produk dihasilkan daripada gabungan bahan-bahan bermutu tinggi yang sangat berkhasiat se­perti Cordyceps, Al Manna Arabic Gum selain menggunakan teh hitam premium.

“Produk yang ditawarkan dapat membantu meningkatkan tenaga dan kercergasan minda, merangsang proses penghadaman selain berperanan mencerah serta menegangkan kulit” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, Muhamad Shaharudin Hashim menjelaskan, pertambahan unjuran jualan tersebut turut disokong oleh pelbagai testimoni positif daripada pengguna.

“Jualan juga bakal dipacu daripada kekuatan rangkaian pengedaran syarikat yang semakin meluas di seluruh negara termasuk bakal memasuki pasaran Indonesia dan Singapura tahun hadapan.

“Tahun ini kami menyasarkan untuk menambah lebih ramai ejen dan stokis kepada 1,000 orang berbanding 500 orang di seluruh Malaysia.

Individu yang berminat untuk mendapatkan produk dan menjadi ejen atau stokis, boleh menghubungi talian 013-984 3923.