Pengasas syarikat, Khai­rul Rizal Zulkafli berkata, peningkatan jumlah tersebut dipacu daripada kesedaran orang ramai terhadap peluang berniaga secara online dengan menggunakan kemudahan yang disediakan syarikat di dalam platform Shopee.

Menurutnya, melalui laman web kimon.my, ia akan dapat memudahkan usahawan baharu dan juga sedia ada berniaga memasarkan produk, me­laksanakan transaksi jualan dan pembelian selain tidak menghadapi sebarang masalah berhubung simpanan stok barangan.

“Sistem yang dibangunkan oleh anak tempatan ini, banyak memberi kemudahan kepada usahawan dropship untuk memasarkan produk tanpa modal.

“Ia akan membantu mereka memasarkan pro­duk malah melancarkan urusan penghantaran barang kepada pelanggan.

“Ini kerana sistem berkenaan akan sentiasa memantau dan menambah stok barangan yang semakin berkurangan secara automatik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran laman web Kimon.my di sini baru-baru ini.

Khairul Rizal menjelaskan, pihaknya telah membuat kajian dan pemba­ngunan selama kira-kira setahun dalam pembuatan laman web tersebut dan ia mula dilancarkan di pasaran pada 15 Julai lalu,” jelasnya.

SST Network menyediakan peluang perniagaan secara online bagi pelbagai jenis barangan khususnya diimport dari China di platform Shopee pada harga antara RM1 hingga RM459.

Melalui kreativiti peniaga memasarkan produk, syarikat akan turut membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran masing-masing melalui program latihan yang dianjurkan syarikat pada harga yuran serendah RM199 seorang.

“Sejak tahun 2016, kami telah berjaya melatih lebih daripada 7,800 usahawan di dalam perniagaan online dan ada di antara mereka berjaya menjana pendapatan antara RM15,000 hingga RM30,000 sebulan,” jelasnya.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat mengenai laman web baharu itu dan menjadi pelanggan baharunya, boleh menghubungi di talian 016-263 1700 dan 016-497 4055.