Ketua Jabatan Pengurusan Strateginya, Balqis Yusoff berkata, Simpanan Asas mewakili jumlah simpanan minimum untuk menampung keperluan asas persaraan selama 20 tahun daripada umur 55 tahun sehingga 75 tahun, selaras dengan jangka hayat rakyat Malaysia.

“Kuantum baharu ini ditanda aras dengan kadar pencen minimum pekerja sektor awam yang telah dinaikkan daripada RM950 kepada RM1,000 sebulan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini semalam.

Balqis berkata, kuantum Simpanan Asas itu disemak secara berkala berdasarkan kadar pencen minimum pekerja sektor awam setiap tiga tahun atau yang mana dahulu.

“Ini selaras dengan perubahan kos hidup dan paras garis kemiskinan,” ujarnya.

Beliau menambah, semakan terakhir kuantum Simpanan Asas telah dibuat pada tahun 2017.

Dengan semakan semula itu, ahli KWSP perlu mempunyai simpanan yang lebih tinggi dalam akaun bagi memboleh­kan mereka layak menyertai Skim Pelaburan Anggota KWSP (SPA).

Menerusi skim berkenaan, ahli diberi pilihan untuk me­laburkan sebahagian simpanan daripada Akaun 1 ke dalam dana unit amanah atau pengurusan aset oleh institusi pelaburan dana yang dilantik.