Ahli Ekonomi Kanan Pusat Pengetahuan dan Penyelidikan Global Bank Dunia di Malaysia, Kenneth Simler berkata, pada 1970, hampir separuh daripada penduduk hidup di bawah garis kemiskinan nasional yang hampir sama dengan garis kemiskinan antarabangsa iaitu kira-kira RM100 seorang setiap bulan.

“Dengan menggunakan garis kemiskinan median nasional yang lebih tinggi yang turut digunakan di negara berpendapatan sederhana tinggi iaitu kira-kira RM292 seorang setiap bulan, kadar kemiskinan Malaysia telah menurun daripada 17 peratus pada tahun 2008 kepada 2.7 peratus pada 2015,” kata­nya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Kenyataan itu dikeluarkan sempena Hari Antarabangsa untuk Pembasmian Kemiskinan.

Bagaimanapun, Simler berkata, berbanding negara berpendapatan tinggi dan maju yang dicita-citakan Malaysia, jurang dan kelemahan sedia ada tidak boleh diketepikan sebagai kes terpencil dengan mudah. – Bernama